PSS SKBT6

Wednesday 21 September 2011

Info Hari Ini - Tahukah Kamu...

1.    Bahasa yang paling luas dugunakan di dunia ialah Bahasa Mandarin.
2.    Manusia dewasa mempunyai 207 batang tulang.
3.    Gas yang paling ringan di bumi ialah gas Hidrogen.
4.    Cermin mata dicipta pada tahun 1310 oleh seorang rakyat Itali yang bernama Salvinius Armadus.
5.    Gunung berapi hidup yang tertinggi di dunia ialah Gunung Cotopaxi.
6.    Air Terjun yang tertinggi di dunia ialah Air Terjun Angel.
7.    Pengasas pasukan polis yang pertama di dunia ialah Sir Robert Peel.
8.    Siput babi termasuk dalam kumpulan 'moluska'.
9.    John Fitzgerald Kennedy ialah Presiden Amerika Syarikat yang dibunuh oleh Lee Harvey Oswald.
10.  Sebahagian besar matahari terdiri daripada gas hidrogen.
11.  Pokok bunga madat atau popi yang digunakan untuk menghasilkan candu, morfin dan heroin dikenali juga sebagai  Papaver Somniferum.
12.  Selat yang terpanjang di dunia ialah Selat Melaka dan Selat yang paling lebar di dunia ialah Selat Mozambique.
13.  Bangunan Taj Mahal di Agra, India dibina oleh Maharaja Mogul iaitu Shah Jehan untuk isteri kesayangannya dan siap pada tahun 1648.
14.  Warna bintang yang paling sejuk sekali ialah Merah
15.  Landasan Keretapi bawah tanah yang pertama dibina di dunia ialah Landasan Metropolitan, London.

Tuesday 20 September 2011

Kursus Pembinaan Blog, GPM Daerah Kluang

Kursus ini diketuai oleh En. Ismail Bin Yon,
Guru Cemerlang Media, SMK. Jalan Mengkibol, Kluang.
Kursus ini berlangsung selama 3 hari,
bermula dari 20 hingga 22 September 2011,
bertempat di BTPN, Johor Bahru.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kem Kepimpinan Pustakawan 21-23 Januari 2011