PSS SKBT6

Thursday, 10 November 2011

PROGRAM READING TOGETHER 2011

Tarikh      :  9 November 2011 (perasmian sebenar pada 2 November 2011, tetapi pada tarikh tersebut 
                  dijalankanvpeperiksaan akhir tahun)
Hari          :  Rabu
Masa        :  7.05 – 8.05 pagi
Tempat     :  Dewan SK. Bandar T6
7.05 pagi  :   Murid mengambil tempat untuk menjalankan program
7.10 pagi  :   Pengawas Pusat Sumber Sekolah mengedarkan tag nama Reading Together, dan juga
                    sekeping buku kepada semua pelajar yang terlibat
7.20 pagi  :   Ucapan En. Kamarodin Bin Kamsin untuk merasmikan program tersebut.
7.25 pagi  :   Program Reading together dijalankan sehingga jam 8.00 pagi
8.00 pagi :  Pengawas Pusat Sumber Sekolah mengedarkan Penanda Buku Reading Together.
8.05 pagi :  Murid masuk ke kelas

Program Reading Together ini dijalan kepada murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Program dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. GPM memberi sedikit taklimat dan Majlis menjemput GPK HEM, En. Kamarodin Bin Kamsin untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Reading Together tersebut.

Program tersebut melibatkan hampir 800 orang pelajar. Pengawas Pusat Sumber telah mengedarkan buku dan tag nama Reading Together kepada murid. Murid mula membaca apabila GPK HEM, memulakan waktu membaca tepat jam 7.25pagi dan bacaan di akhiri tepat jam 8.00pagi. Sewaktu program untuk lebih menenangkan GPM telah memasang Muzik Zen, agar murid lebih tenang dalam pembacaan. 


 PENGAWAS PUSAT SUMBER MENGEDARKAN BUKU, TAG NAMA DAN PENANDA BUKU READING TOGETHER
MURID DAN GURU SAMA MEMBACA DALAM PROGRAM INI

Selesai sessi membaca, Pengawas Pusat Sumber mengedarkan Penanda Buku Reading Together kepada semua murid. Sijil pula telah diserahkan kepada guru kelas mereka untuk diagihkan kepada semua murid. Tepat jam 8.05 pagi semua murid beratur dan masuk ke kelas masing.



SUASANA BARU PSS SK. BANDAR T6, 2011 SELEPAS DI MAKE OVER

Wednesday, 9 November 2011

PROGRAM KHIDMAT BANTU MURID LELAKI TAHUN 6 CEKAL, 2011

Pada 8.11.2011, Pusat Sumber SK. Bandar T6 telah dibantu oleh seramai 14 orang pelajar kelas 6 Cekal. Mereka sangat membantu, Terima kasih atas bantuan anda.